Thursday 15 March 2012

Stress?? Sila baca..

Assalamualaikum selamat petang semua?
Sementara menantikan kehadiran orang rumah otw ambil saya balik dari pejabat, sempatlah untuk saya menaip post terbaru pada petang ini.

Macam mana kerja anda hari ini? memuaskan? stress ker?.
Menjadi lumrah kehidupan setiap insan yang bekerja demi mencari rezqi anak2 serta isteri tersayang. Tipulah orang tu kalo xstress semasa waktu bekerja walaupun dia ialah seorang tokoh korporat...Stress boleh menyebabkan kita mengalami migrain sekira ianya tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain itu waktu rehat, makan & minum juga memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita agar sihat sejahtera. Sesetengah berpendapat dengan memakan coklat dapat mengurangkan stress (ye ker??). Ada juga menyatakan dalam sesetengah majalah, hubungan kelamin berupaya mengurangkan stress
(yang ini saya pernah terbaca dlm majalah tapi tidak pasti kebenarannya).

Oleh itu sebagai Hamba Allah, kita seharusnya tunduk dan bersujud kepadaNya (ALLAH S.W.T).
Hanya padaNya untuk kita TAAT dan SETIA.

Kesimpulannya disini, jagalah amal ibadah serta carilah rezeki yang HALAL agar kehidupan seharian kita ini mendapat keberkatan dan diredhai ALLAH...Aminn

wasalam. (^ ^)

No comments:

Post a Comment